Get Blogger Falling Objects

Tuesday, 22 May 2012

Jangan Tinggalkanku Bintang

Bintang oh Bintang,
sentiasa mengelilingi ku tika ku memancarkan cahayaku yang indah ini,
sentiasa bermain-main di linangan mataku yang bulat ini.....

oh Bintang......
sungguh ceria kau disisiku tatkala aku mula bermadah denganmu..
sungguh gembira hatiku tatkala melihat senyumanmu yg bersinar itu...
kaulah pengubat segala dukaku..
kaulah pengubat laraku..
kaulah pengubat sedihku...
kaulah airmataku...

oh Bintang,
walaupun berjuta jumlahmu disisiku..
tak akan pernah satu pun akan ku lupakan..
kaulah jiwaku dan kaulah jantungku...
ggurnya dikau satu-persatu membuatkan ku lemah dan rebah jatuh ke bumi...
terasa peritnya sekiranya malam purnamaku kau tiada disisiku..
terasa kosongnnya jiwaku tanpa suara riangmu....
terasa sunyinya hidupku tanpamu wahai Bintang...
terasa gelisahnya jiwa ini tatkala tidak bersua denganmu....

oh Bintang,
walaupun kau berjauhan disisiku..
daku tetap merasa kehadiranmu..terasa tiupan angin yang sentiasa membelai jiwaku yang sepi..
terasa bayanganmu sentiasa menari-nari dipenglihatanku..
andai biasa aku melakarkan pena di helaian putih,
inginku utuskan surat sentiasa buatmu..
agar rinduku terubat padamu Bintang....
agardaku sentiasa merasakan kehadiranmu walaupun seketika....

oh Bintang,
jangan kau pergi tinggalkan kau..
jangan kau pergi...
meninggalkan ku keseorangan..
tidak sanggup lagi aku membiarkan persahabatan yang kita bina ini berlalu seperti buih di langit..
tidak sanggup aku membiarkan kenangan manisku bersamamu pergi jauh ditiup angin...
tidak sanggup daku biarkan separuh jiwaku pergi...
kaulah bintang dihatiku...

oh Bintang,
aku tahu setiap pertemuan pasti adanya perpisahan..
perpisahan yang mampu memisahkan kisah dongeng kita..
walaupun ia akan memanggil kita suatu hari nanti...
tak akan mampu ku lupakan dikau buat selamanya..
walaupun jasadku dimamah bumi..
kenangan bersamamu akan sentiasa bersemi dihatiku yang merah ini..
kaulah sahabatku yg terindah...
biarlah kisah hati ini menjadi kisah bulan dan bintang....terus bersama hingga akhir hayat.....

nukilan ini khas buat sahabat-sahabatku yg disayangi...sayangilah sahabat anda walaupun berjauhan....


                      TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI BINTANG SAYA


1 comment: