Get Blogger Falling Objects

Sunday, 26 May 2013

menanges hatiku

hrmm...perasaan sedih semakin menjadi-jadi akhir ni..
x abes2 nakr asa sedih...meluat lah..ahahahaha
eh..wahai hatiku..janganlah begitu..lepaskanlah...
memang susahkan..
sedih tu memang lah..tipulah kalau x sedih...
terimalah seadanya yang kita terpaksa berpisah dengan mereka yang dh dianggap keluarga
masa tak akan kembali semula..
kamu x boleh mencipta pengalaman tetapi terpaksa melaluinya..

hrmm...36 orang ahli JMK12/13..
terpahat di hatiku..
masa semakin cemburu berlalu dengan cepat..
terasa ingin berhentikannya seketika sebab x cukupp lagi kenangan yang dapat diukir..
sayangnya mereka tak mampu ku ungkapkan..rasa x nak berpisah dengan mereka..
YaAllah sayang mereka kerana mu..

tapi terpaksa melepaskan jua...sedihnya.....
tak mengapa hati,Allah akan jagakan mereka..
jangan sedih sayang...jangan nanges..
kita x de harta yang bertimbun-timbun tapi ..
kita ada harta yang tak ternilai harganya iaitu JMK1213..
betapa pentingnya dan berharganya mereka bagi kitakan hatii...
hati2..janganlah sedeh..
sebab kita tahu yang hati tengah sedih sebab tinggal beberapa bulan sahaja kita akan meninggalkan mereka
lepas ni x bolehlah nak gaduh2,bergurau,nanges bersama-sama...
hrmm...

nama ini sentiasa terpahat di hati..terima kasih..
 ABG HAIRIEYL.ABG MARI . KAK EMY .KAK SURIATI . KAK NISA . ABG DONIS .KAK ZATI .
SHAH . ABG FAIZ . ABG SHIDI . ABG WAHYU. IPIIN . ABG SAHLI . FIQRY . PAAN . AYIE  . FRED. KAK ANIS . KAK RAI .KAK UNA .KAK IFA .KAK MUNI .KAK ASIAH .KAK ZIEMAH .ABG MUN . YOKE . SHIUMAN . KAK AQILAH . KAK AINA . SHIRLEY . KAK NITA . KAK SUFIA . KAK PIQAH . ABG DAUS dan juga KAK PAH.

 lagu ini khas untuk anda semua..


x pelah hati..kita kena kuat..lepaskanlah perlahan-lahan..sebab kenangan x akan lupus dalam ingatan...
seperti lagu di bawah...^_^..
dah lah hatii..jangan nanges ya....
sebb mereka sentiasa terpahat di hatimu...
jangan risau...




gambar ini sentiasa membuatkan mereka dekat dengan kita walaupun mereka berjauhan


pelayaran kita bersama sepanjang menjadi keluarga INSPIRASI

Thursday, 26 July 2012

Mari Belajar Melukis karakter

Asslammualaikum w.b.t kepada semua pelawat blog saya.ari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang hasil kerja yang saya lakukan untuk subjek REKA BENTUK KARAKETR. di sini saya ingin berkongsi serba sedikit cara-cara untuk melukis karakter,harap perkongsian ini dapatmemaanfaatkan kepada anda semua...^_^..

untuk permulaan semasa melukis sesuatu watka,kita aruslah memikirkan pergerakan yang sesuai untuk karakteryang bakal kitalukis supaya nanti karakter kita tidak nampak terlalu kaku. caranya,kita perlulah membuat bulatan seperti gambar di bawah ini..
                              nampak tak??kan senang jer..buat bulat-bulat terlebih dahulu..

langkah seterusnya,kita perlulah menambah sedikit demi sedikit bulatan supaya membentuk tangan karakter.macam gambar di bawa ini..

seterusnya,kita perlu menyambungkan kesemua bulatan untuk membentuk badan karakter kita..

                                                                    macam ni la...

langkah seterusnya,kita perlulah membuat satu garisan memanjang untuk membentuk pedangnya..





seterusnya,kita perlualah membentuk pedang karakter




dan seterusnya,kita haruslah menambah sedikit rambut dan membentukkan karakter kita supaya bentuk manusia itu terjadi..





setelah melukis badan dengan sempurna,kita haruslah membuat pakaian kepada karakter kita bergantung kepada kreativiti anda.


macam gambar diatas ini.pastikan anda melukis pakaian karakter anda dengan detail dan mengikut kreativiti anda supaya ia nampak lebih menarik...


                                                                      dan inilah hasilnya...
setakat ini sahaja saya dapat kongsikan.semoga anda dapat apa yang ingin saya kongsikan dan sebarang pendapat atau penambahbaikkan mohon-mohonlah komen..^_^..
anda bolehlah lawat kat youtube cara nak lukis karakter..ini link ya..
http://www.youtube.com/watch?v=NIv5WMY0ODY&feature=youtu.be








Wednesday, 18 July 2012

Terima Kasih Akak...

di saat daku mencari..
sedikit ruang untuk bernafas..
agak sukar bagiku..
agak pedih bagiku
agak berat bagiku..
aargggghhh..sehinggaku tidak mampu lagi..
sehinggaku lemah tidak berdaya..
patah arah...
hilang arah tuju...
tiada sesiapa yang mau mendengar bebelan hati kecil yang lembut seperti tisu ini...
tiada sesiapa yang sanggup memahami perasaan kecil yang dibadi ombak Tsunami ..

aduh....pedihnya terasa hati ini...
mungkin apa yang terjadi adalah salah diriku.....
yang ego ini....
ujian yang datang hari demi hari....
oh...
daku terlupa.....
dan terlupa...
ini adalah dugaan yang Allah berikan kepadaku...
namun daku masi belum sedar dari mimpi yang melalaikan..

hati ini sudah beberapa kali menangis keseorangan..
tidak mampu berkata-kata..
sabarlah hati...uas ku pujuk... namun aku gagal..
menangis dan terus menangis..
memang tidak macho seorang lelaki menangis..
tetapi seorang lelaki juga berak untuk menangis...

semalam...
saat yang x mampu kubicarakan...
melihat dia diam tanpa mempedulikanku...
 ini mungkin salahku yang masih belum mampu keluar dari kepompong ketakutan...
dan semlamlah segala yg hati ini mahu bicarakan berjaya diluakan..

hati,kau berjaya melepaskan apa yang kamu simpan dan terbuku selama ini...
semlam adlah kenagan bagiku disaat berjumpa dengan seseorang..
yang sangat istimewa dan dianngap sebagai kakak sendiri,,
dialah yang mendengar segala hati ini yang mau bicarakan..
dia sanggup memahami isi hati kecil ini..
hrmmm..lepaslah semua ap yang disimpan selama ini...

disaat membaca blognya...
terus daku menitiskan air mata..
kata-kata semangat menujuk ke sanubariku...
sehinggakan ku tersedu-sedu seketika...menahan kesedihan...
akak,terima kasih kerana sudi mendengar hati kecil ini..
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan hati ini..
terima kasih kak..
hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa akak..
saya hanya mampu berdoa sahaja...terima kasih akak...



hadiah buat akak......

terima kasih akak memberi semangat baru.....
                                "kata-kata ini mebuatkan ku bangun dari mimpi yang lena"





Friday, 1 June 2012

Pertemuan Pertama

30 Mei 2012
 merupakan suatu tarikh keramat
 yang menjadi sakasi buat semua
 walaupun daku tiada di saat itu
 dari jauh sudah ku rasakan aura
  itu...

 sungguh kuat sehinggakan tertusuk disanubariku ini
 aku tertanya-tanya adakah ini adalah pilihan ku yang tepat
 atau adakah aku masih lagi masih bermimpi
 yang masih terkapai-kapai dibuai mimpi
 oh!ini bukanlah suatu mimpi lagi

  ianya satu realiti yang mampu membuatkan ku sedar
  tanggungjawab yang besar yang bakal aku pikul
  tanggungjawab yang kau tidak sangkakan selama ini
  kini barulah aku tahu siapakah aku sekarang ini

 satu ikatan dan simpulan telah berlaku
  kini aku telah menjadi ahli baru dalam jmk 1213
  bukan lagi dalam mimpi dan fantasi yang aku angankan
  satu ukhwah terlah tersimpul erat dan ketat
  hanya hati yang merah ini sahaja memahami perasaanku ketika ini

  mutiara putih menitis perlahan-lahan di dalam hati
   tiada siapa pun yang tahu
   saat berpisah dengan jmk 1112
   merupakan suatu mimpi ngeri
   terutamanya berpisah dengan ABG ADAM dan KAK SYIDAH
   tidak mampu ku berbicara lagi..
    saat yang sangat mengharukan
   merekalah sebutir bintang yang sentiasa menyinarkan hidupku
    tidak mampu aku lepaskan namun aku terpaksa jua...
    hanya senyuman dan tawa mereka menjadi kenagan hingga akhir hayat

   kini..
  sebuah keluarga baru mula bercambah
 abg hairieyl.abg mari . kak emy .kak zati . abg adon . kak su .kak nisa .
 shah . faiz . shidi . wahyu ipin . sahli . usamah . paan . ayie  . fred . hanis . husna
. afifah . muni . raiasiah . aziemah . yoke . shiuman . aqilah . aina . shirley . nita . sufia . kak pqah
   merupakan ahli baru dalam keluarga INSPIRASI
  semoga ukwah yang dibina ini terus menyerlah 
   dan kekal sebagaimana bulan dan bintang yang sukar dipisahkan 
sayang kamu semua....^_^

Wednesday, 23 May 2012

Perjalanan Sebuah Sahabat

Perjalananku....
mencari permata-permata...
yang bisa menyuburkan jiwa...
yang bisa menghidupkan hati...
agar aku sentiasa mengingatinya...

apakah permata yang ku cari-cari...
perjalanannya sukar,penuh berduri...
sehingga langkahan menjadi payah...
memaksa jasad menungkah lelah..

aku tertanya-tanya..
adakah masih jauh jalan yang harus kutempuhi..
atau bersedia ada di depan mata...
tanpa ku sedar...
tapi langkahku ini tidak mengenal..
apa itu lelah..
kerana matlamatku...JELAS..!

permata yang ku cari...
selama hidup ini..
pasti akan ku temui..
dan dihujungnya...
pasti bahagia...

doaku hanya satu...
moga Allah pertemukanku..
dengan permata di hujung perjalanan..
 itulah permata yang bernama S.A.H.A.B.A.T

aku percaya pada ikatan ini..
moga Allah pertemukanku...
dengan dia, sahabatku...
Amin Ya Rabbal'Alamin......

Tuesday, 22 May 2012

Jangan Tinggalkanku Bintang

Bintang oh Bintang,
sentiasa mengelilingi ku tika ku memancarkan cahayaku yang indah ini,
sentiasa bermain-main di linangan mataku yang bulat ini.....

oh Bintang......
sungguh ceria kau disisiku tatkala aku mula bermadah denganmu..
sungguh gembira hatiku tatkala melihat senyumanmu yg bersinar itu...
kaulah pengubat segala dukaku..
kaulah pengubat laraku..
kaulah pengubat sedihku...
kaulah airmataku...

oh Bintang,
walaupun berjuta jumlahmu disisiku..
tak akan pernah satu pun akan ku lupakan..
kaulah jiwaku dan kaulah jantungku...
ggurnya dikau satu-persatu membuatkan ku lemah dan rebah jatuh ke bumi...
terasa peritnya sekiranya malam purnamaku kau tiada disisiku..
terasa kosongnnya jiwaku tanpa suara riangmu....
terasa sunyinya hidupku tanpamu wahai Bintang...
terasa gelisahnya jiwa ini tatkala tidak bersua denganmu....

oh Bintang,
walaupun kau berjauhan disisiku..
daku tetap merasa kehadiranmu..terasa tiupan angin yang sentiasa membelai jiwaku yang sepi..
terasa bayanganmu sentiasa menari-nari dipenglihatanku..
andai biasa aku melakarkan pena di helaian putih,
inginku utuskan surat sentiasa buatmu..
agar rinduku terubat padamu Bintang....
agardaku sentiasa merasakan kehadiranmu walaupun seketika....

oh Bintang,
jangan kau pergi tinggalkan kau..
jangan kau pergi...
meninggalkan ku keseorangan..
tidak sanggup lagi aku membiarkan persahabatan yang kita bina ini berlalu seperti buih di langit..
tidak sanggup aku membiarkan kenangan manisku bersamamu pergi jauh ditiup angin...
tidak sanggup daku biarkan separuh jiwaku pergi...
kaulah bintang dihatiku...

oh Bintang,
aku tahu setiap pertemuan pasti adanya perpisahan..
perpisahan yang mampu memisahkan kisah dongeng kita..
walaupun ia akan memanggil kita suatu hari nanti...
tak akan mampu ku lupakan dikau buat selamanya..
walaupun jasadku dimamah bumi..
kenangan bersamamu akan sentiasa bersemi dihatiku yang merah ini..
kaulah sahabatku yg terindah...
biarlah kisah hati ini menjadi kisah bulan dan bintang....terus bersama hingga akhir hayat.....

nukilan ini khas buat sahabat-sahabatku yg disayangi...sayangilah sahabat anda walaupun berjauhan....


                      TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI BINTANG SAYA


Monday, 12 September 2011

Makan KFC ...Hari Perpisahan Yang Menyedihkan...


Pejam celik-pejam celik akhirnya berlalulah sudah persahabatan kami dan zaman persekolahan...dulunya kami  dduduk dalam satu kelas di man ruangnya begitu sempit dan berkongi ilmu yang sama dala bilik yang dipanggil bilik darjah...kini semuanya hanya tinggal kenagan dalam hidupku...
Hari ini merupakan pertemuan kami yang terakhir buat kami semua kerana selepas ini kami tidak lagi belajar dalam bilik darjah yang sama kerana zaman persekolahan kami sudah tamat.....inilah saatnya perpisahan itu mula dekat dengan persahabatan kami......apakan daya sudah menjadi lumrah dalam kehidupan.......
Wah....hari in kami sekelas di jemput oleh cikgu Ainon Ke KFC Jerentut,Pahang...hmmm...kami telah tempah satu tingkat  kfc itu untuk majlis jamuan perpisahan pelajar 5 BIJAKSANA...memang seronok sangt....
Ha ,ini lah gambar  yang sempat ditangkap sebelum jamuan itu bermula....

Hahahaahahahah...macam pakwe makwe...hihiihiih.......

Sempat bergambar bersama cikgu Ainon....
Jamuan kami bermula tepat pukul 4 maklumlah orang ramai ketika itu....majlis ini dijalankan juga sempena penghargaan cikgu AInon kepada kami keran Berjaya dengan cemerlangnya mengekalkan rekod ekonomi asas keran spm 2010 ekonomi asas merupakan subjek terbaik daerah Jerantut..macam tidak percaya sahaja...dalam subjek ekonomi asas...seramai 4 orang mendapat A+,7 orang mendapat A,dan 11 orang mendapat A-...memang sesuatu kejayaan yang terhebat.....
Bukan itu sahaja....ini lah kek yang cikgu Ainon belikan untuk kami....

Wah...memang cantik kek ini...sedap sangat......siap ada tulis subjek akmi lagi...memang cantik kek ini...terima kasih cikgu Ainon.......melihat tulisan kek inilah telah menyentuh perasaan beberapa orang pelajar kelas kami termasuklah cikgu Ainon... walaupun cikgu sakit,dia sanggup berkorban demi kecemerlangan kami.....dan inilah kejayaan yang kami berikan kepada cikgu...
Inilah gambar-gambar kami semasa berada di KFC...memang semua bergembira walupun di hati kami masih ada kesedihan.....

Wah....sportingnya semua....memang kami bergembira disaat ini...24 March 2011 merupakan  kenangan yang tidak akan kami lupakan buat selamanya..........

Memang perpisahan ini berakhir dengan kegembiraan kerana segala duka dapat dipadamkan dengan kegembiraan..inilah perpisahan kami buat selamanya namun setiap kenangan itu tidak akan mampu dilupuskan dalam ingatan kami buat selamanya.......

Sempat berikan kad ucapan kepada cikgu Ainon sebagai kenangan...khas yang dibuat sendiri tau......cantik x??