Get Blogger Falling Objects

Thursday, 16 June 2011

Bila langit sentiasa berbicara dengan awan

Dalam berjalan menuju ke destinasi kejayaan, pelbagai rintangan melanda dalam hidup kita sehinggakan kita letih lesu dan tidak mampu berdiri lagi... kita tertanya-tanya mampukah kita berdiri dan bangun semula setelah kita di landa dilema serta arus kegagalan yang menghanyutkan diri kita ke lembah kegagalan. Mampukah kita bangun semula dan berenang menyeberanginya dengan kekuatan yang kita ada.......







Tetapi kita mampu bangun semula dengan sokongan seorang sahabat yang begitu setia dengan kita . Sahabat adalah aset yang begitu bermakna kepada kita... Untuk mencari teman ketawa begitu senang sehinggakan kita mampu mencari mereka di mana-mana sahaja namun bila di cari kawan untuk berkongsi sisa kisah duka kita, ke mana mereka semua menghilang.... 








kadang-kadang kita tercari-cari..... di manakah teman- teman kita?..
Teman ibarat kaca dan berlian yang begitu berharga dalam hidup kita.. jadi jagalah sahabat kita dengan sebaik-baiknya kerana sekiranya kita tidak mampu menjaga mereka kita bakal memecahkan kaca dan belian yang berharga dalam hidup kita... pecah berkecai dan kita x mampu mencantumkannya kembali............ berlalulah sebuah ikatan utuh seorang sahabat seperti benang emas yang putus apabila ia ditarik dengan kuat...






Namun persahabatan itu mampu dikembalikan semula dengan mencantumkan semula serpihan kaca yang berkecai itu semula..... dan jagalah persahabatan itu dengan baik seperti nyawa kita sendiri......... seperti cerita "cinta dan sahabat"...
Adalah sebuah kampung tinggal sepasang sahabat baik iaitu cinta dan sahabat.. mereka merupakan teman baik dan sentiasa bersama ke mana sahaja. pada suatu hari, cinta terjatuh ke dalam sebuah perigi. Sahabat terus mencari cinta kerana cinta itu kan halus... susah untuk mencarinya di dalam gelap kerana cintakan buta.... lalu sahabat terus terjun ke dalam perigi untuk mencari cinta.... tahu kenapa? kerana sahabat kan setia sanggup buat apa sahaja demi kawannya.....dan sahabat terus mencari cinta sehingga ke akhir ini..... betapa setia nya sahabat kepada cinta..........
sahabat yang setia ibarat bintang dan bulan... tanpa bulan siapa lah bintang...... jagalah sahabat yang ada jangan lah seperti denai berbisik.....  sayangilah lah sahabat anda dan biarlah persahabatan anda seperti bintang yang sentiasa menari-nari di angkasa bersama bulan........dan biarlah langit sentiasa berbicara dengan awan